AJAL TIDAK MENUNGGU TAUBATMU

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

*AJAL TIDAK MENUNGGU TAUBATMU.✿*

Bismillahirrahmanirrahim...
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Alhamdulillah... ALLAH SWT masih memanjangkan usia, meminjamkan nyawa dan masih memberikan kesempatan kepada kita untuk memohon keampunan dariNYA dan menegakkan Islam tercinta supaya kita boleh terus mengejar ridhaNYA.

*↗️Ibnu Umar berkata:*
"Aku bersama Rasulullah, lalu seorang lelaki Ansar datang kepada Baginda mengucapkan salam lalu bertanya : Wahai Rasulullah. Manakah antara kaum mukminin yang paling utama? Baginda menjawab : Yang paling baik akhlaknya antara mereka.
Dia bertanya lagi : Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik?
*↗️“Baginda menjawab :*
Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik,” (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)

Sentiasa mengingati mati bukanlah mengabaikan setiap perkara di dunia tetapi sentiasa mengingati mati ialah menghindarkan diri dari tertipu dengan kenikmatan dunia yang serba sementara.

*๐Ÿ–•“Kullu nafsin dzaiqotul maut (setiap jiwa-jiwa yang bernafas pasti akan mencicipi kematian)”*

Mari kita berazzam dan ikhtiarkan dalam jiwa. Untuk menyiapkan kematian dengan  indah, agar berujung pada khusnul khotimah. Di akhirat kelak kita akan ditanya apakah yang telah kita lakukan di dunia. Bukankah kita diturunkan ke dunia untuk menjadi khalifah dan untuk memakmurkan bumi ALLAH SWT?

*↗️Sesuai Firman Allah SWT :*
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetap menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada ALLAH yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu DIA memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).” (Surah Al-Jumu’ah : Ayat 8.)

Dan perlu diingat, memakmurkan bumi ALLAH SWT bukanlah bermaksud hidup di dunia dengan bersenang-senang semata tetapi bermaksud berusaha bersungguh-sungguh mengamalkan perintah ALLAH SWT dan RasulNYA, dan menyebarkannya.

_↗️Ketika seorang Muslim mengejar pahala demi kebahagiaan di akhirat, maka akan ditambah nikmat dunianya oleh Allah SWT. *Sebagaimana firman Allah berikut ini.*_

“Barang siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan kami tambah keuntungan itu baginya dan barang siapa yang menghendaki di dunia kami berikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagia pun di dunia.” (QS. Asy-Syura: 20)

_*↗Selanjutnya ️ALLAH SWT berfirman :*
"Sesiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim" (Surah al-Hujurat : Ayat 11)
Orang yang bertaubat itu kekasih ALLAH, orang yang bertaubat daripada dosa adalah seperti orang yang tidak mempunyai dosa." (HR Ibnu Majah & Ibnu Mas'ud)

_๐Ÿ–•Orang yang cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati dan sentiasa bersedia menghadapinya. *Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar.*_

*Insya Allah mudah-mudahan Bermanfaat, selamat menjalankan ibadah shalat...!™️*


Komentar